There was an error in this gadget

Tuesday, 13 September 2011

Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS! 

 

Pertama Kali DibedaH


Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

"Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

"Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

"Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."

Org Asli

Cerita ini berlaku disatu perkampungan orang asli sewaktu sekumpulan askar datang membuat rondaan di kampung itu..Tiba2 sekumpulan askar itu terjumpa sungai..Ditepi sungai itu ada 3 orang asli yang sedang asyik menghisap rokok surya..Askar ini sebenarnya lapar dan mahu menangkap ikan di dalam sungai itu untuk dipanggang..Seorang daripada askar itu pun menghampiri 3 orang asli itu untuk memberitahu yang hajatnya mahu menangkap ikan di dalam sungai itu..Yer la kan..Kena la minta izin dulu..Mane la tahu ada buaya dalam sungai tu..haha..

Askar : Tok..Banyak tak ikan dalam sungai ini???

Belum sempat askar itu nak tanya soalan yang ke-2,orang asli itu menjawab dengan slumber..

Orang asli : Entahlah..kalau encik nak tahu pergi la turun kira...

PanadoL

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”